Monday, January 19, 2015

Perkhidmatan Memperbaharui Insurans dan Roadtax Kenderaan

Pon..pon...pon...
Tumpang Iklan....

Kepada sesiapa yang roadtax dia akan "meninggal" dalam masa terdekat ni, bolehlah hubungi saya. Saya boleh uruskannya dan penghantaran boleh dilakukan ke alamat anda. 

Apa yang perlu korang buat :

Hanya perlu emailkan salinan geran kenderaan ataupun policy kenderaan anda ke alamat email yang tertera :
alamat email : ss_ida126@yahoo.com.my

Jika tiada sebarang masalah, roadtax anda boleh siap dalam masa sehari ke dua hari bekerja.

Edisi terhad :

->  Stiker roadtax yang dilengkapi dengan nombor telefon Auto Assist
->  Stiker ini dapat memudahkan anda menghubungi kereta tunda di saat kenderaan anda
     mengalami kemalangan ataupun kerosakan. 
  
Khas untuk pelanggan-pelanggan KedaiTekadNiaga sahaja.


SIAPA CEPAT, DIA DAPAT

 

Tuesday, January 6, 2015

Inilah saya..seorang hamba kerdil di bumiNya

Assalamualaikum w.b.t.....

Saya, Norlida binti Mohd adalah seorang isteri dan mama kepada dua orang anak yang come lote.Lebih mesra dipanggil Ida dan semestinya saya memang seorang yang mesraaaa...

Siapa saya????

Saya adalah :
(1)  Agen Insurans AM bagi syarikat Etiqa Takaful, MAA Takaful, Kurnia Insurans Berhad, MSIG Insurance & Takaful Ikhlas
(2) Pengedar keropok lekor asli Terengganu
(3) Pengedar Produk Shaklee bagi kawasan Meru,Klang, Saujana Utama & Bandar Puncak Alam
(4) Pengedar Produk Alhaddad Marketing terutamanya produk Tamar Cocoa



Bagaimana saya bermula ???

Dua tahun lepas, saya adalah seorang wanita yang berkarier. Bekerja di sebuah agensi insurans di Shah Alam selama 12 tahun membantu saya mempelajari selok belok industri insurans Am dengan lebih mendalam.

Saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja setelah berpindah ke rumah baru di Meru, Klang. Betul kata orang, kita mungkin tidak mampu memiliki semuanya dalam satu masa. Saya mendapat rezeki rumah baru tetapi dalam masa yang sama perlu melepaskan kerjaya saya kerana suami tersayang mahu anak-anak dibesarkan dengan hasil tangan saya sendiri.Memang berat untuk membuat keputusan ini kerana selama ini itulah satu cara saya membantu suami meringankan bebanan kewangan kami.

Namun, demi menumpukan sepenuh perhatian kepada anak-anak dan rumahtangga..saya TEKAD mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Tetapi itu tidak bermakna saya tidak boleh berkerjaya. Yang paling penting, saya masih boleh meneruskan niat membantu kewangan suami dengan cara saya sendiri.Saya ingin menumpukan sepenuh masa untuk keluarga namun di dalam masa yang sama, saya ingin melakar impian menjadi WANITA YANG SUCCESS.

Matlamat saya : 

SUCCESS MEMBINA KELUARGA YANG BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT &
SUCCESS MEMBINA EMPAYAR BUSINESS SENDIRI UNTUK DIWARISI OLEH ANAK-ANAK.

Mungkin ini sahaja yang mampu saya tinggalkan untuk anak-anak setelah saya tiada nanti.
Ameen...


" PERJALANAN YANG JAUH BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA"


Inilah langkah saya dalam menokah arus yang deras untuk mencapai matlamat hidup saya.
Doakan saya untuk sebuah KEJAYAAN YANG MANIS...